Kaum Dusun
Kaum Dusun

Kaum Dusun

Dusun merupakan istilah yang digunakan untuk merujuk kepada sekumpulan suku kaum peribumi dalam rumpun Dusunic yang berasal dari Sabah (dahulu dikenali sebagai North Borneo). Pada dasarnya, Dusun dan Kadazan merupakan etnik yang sama dengan struktur budaya, tradisi dan linguistik mirip antara satu sama lain. Tiga perbezaan yang ketara diantara Kadazan dan Dusun ialah kawasan penetapan penduduk, kegiatan ekonomi dan juga sebutan konsonannya dalam perbualan seharian. Panggilan terhadap suku-suku dalam kumpulan masyarakat Dusun dimulakan dengan perkataan Dusun, sebagai contoh Dusun Dumpas, Dusun Kimaragang, Dusun Liwan, Dusun Lotud, Dusun Tindal dan banyak lagi, merujuk kepada kumpulan sub-etnik Dusun yang diwakili. Setelah diselidik dan dipertimbangkan melalui kesamaan linguistik, tradisi dan budaya, Parti Bersatu Sabah(PBS) telah mencadangkan penggabungan etnik Dusun dan Kadazan dengan istilah "Kadazandusun" pada tahun 1989. Gabungan ini sebulat suara diluluskan sebagai resolusi semasa Persidangan Delegasi Persatuan Kebudayaan Kadazan ke-5. "Kadazandusun" juga telah diiktiraf sebagai etnik masyarakat orang asal Borneo Utara dengan warisan dan budaya yang didokumenkan oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) sejak tahun 2004.[2]Terdapat kelompok kaum yang juga dipanggil Dusun berasal dan menetap di negara Brunei. Di wilayah Kalimantan Indonesia terdapat masyarakat Dayak yang turut dipanggil sebagai kaum Dusun, dan kajian genetik yang dijalankan oleh Kee Boon Pin dan S.G. Tan telah membuktikan bahawa masyarakat Dusun di Sabah mempunyai pertalian genetik melalui persamaan urutan genome Kromosom-Y dengan masyarakat Dayak di Kalimantan.[3][4][5][6]

Rujukan

WikiPedia: Kaum Dusun http://shilahadiman.blogspot.com/2012/03/berbezaka... http://www.dailyexpress.com.my/read/2159/a-history... http://www.sabah.edu.my/skm015.wcdd/muzik.htm http://www.sabah.edu.my/skm015.wcdd/pakaian.htm http://www.sabah.edu.my/skm015.wcdd/tarian.htm http://studentsrepo.um.edu.my/4576/1/%5BHard_Bound... http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/2027/1/Genetic_... http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=kadazan&d=243... http://kdca.org.my/ http://www.unesco.org/archives/multimedia/document...